10 Cara Untuk Gembira
Cara - Cara untuk Gembira
Pernah tak anda terfikir apa yang anda perlu lakukan untuk berasa gembira dalam hidup anda.
Mesti anda selalu tertanya-tanya diri anda kenapa anda tak boleh nak rasa gembira seperti orang lain.
Kenapa hidup orang lain menarik tapi hidup anda tidak.
Hari ini saya nak kongsikan apa yang anda boleh lakukan untuk berasa lebih gembira dalam hidup anda.
1. Senyum
Selalunya, orang akan kaitkan kegembiraan dengan senyuman. Kebiasaannya senyuman terhasil daripada kegembiraan yang dirasai.
Namun, anda tahu tak apabila seseorang itu senyum otak akan menghasilkan dopamine. Dopamine adalah pemancar neuro yang dihasilkan oleh minda dan memainkan peranan sebagai 'pusat penghargaan' yang memberikan kebaikan kepada fungsi badan, memori, pergerakan, motivasi, mood, perhatian dan banyak lagi.
Disebabkan oleh itu, anda hendaklah perbanyakkan senyuman apabila anda rasa sedih atau tidak gembira. Anda boleh mempraktikkan dengan mulakan hari anda dengan senyum di hadapan cermin dan lihat diri anda yang sedang tersenyum.
Namun, jangan pulak anda mereka senyuman palsu sebab ianya akan membuatkan anda lebih berasa sugul dengan diri anda.
2. Bersenam/Senaman
Anda pernah dengar tak ada pepatah mengatakan bersenam boleh menyihatkan tubuh badan dan minda seseorang. Walaupun begitu, tak semua orang nak bersenam sebab malas nak bergerak.
Anda tahu tak dengan membuat senaman berkala, kita dapat mengurangkan stress, perasaan resah (Anxiety) dan simtom dipresi (Depression).
Senaman juga dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang dan juga kegembiraan.
Antara senaman ringan yang anda boleh pertimbangkan adalah seperti berjalan keliling taman, senaman Yoga atau Tai Chi, mulakan hari anda dengan melakukan regangan badan selama 5 minit.
Anda juga boleh cuba buat aktiviti sukan yang anda minat seperti bermain badminton, bowling ataupun menari.
Cuma kalau boleh jangan bersenam secara berlebihan sebab dikhuatiri akan membuatkan tubuh badan anda rasa sakit atau tidak selesa dan akhirnya akan menyebabkan frustasi.
3. Tidur Secukupnya
Dalam zaman moden sekarang ni memang susah nak dapatkan tidur secukupnya.
Namun mendapatkan tidur secukupnya sangat penting demi mendapatkan kesihatan yang baik, untuk minda dapat berfungsi dengan berkesan, yang paling penting sekali dapat menstabilkan emosi seseorang.
Seorang dewasa memerlukan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
Sekiranya anda mendapati diri anda berasa mengantuk di tengah hari, itu bermakna tubuh badan anda ingin beritahu anda bahawa anda memerlukan rehat yang lebih.
Tips untuk membantu anda membina rutin tidur yang lebih baik:
- Catat berapa jam tidur yang anda dapatkan setiap malam dan apa yang anda rasakan setelah anda tidur.
Selepas seminggu anda akan dapat mengetahui sekiranya anda mendapat tidur yang mencukupi ataupun tidak.
- Cuba tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari termasuk hari minggu.
- Tetapkan 1-2 jam sebelum anda tidur sebagai masa untuk anda relax seperti mandi/berendam, membaca, atau anda lakukan sesuatu yang dapat menenangkan diri anda.
Kalau boleh elakkan daripada makan atau minum yang berat sebelum anda tidur.
- Setkan suasana bilik anda kepada lebih gelap, lebih sejuk, dan lebih senyap.
- Laburkan duit anda untuk membeli tilam yang lebih baik.
- Sekiranya anda hendak tidur sebentar, cuba limitkan kepada 20 minit sahaja sehari.
- Sekiranya anda berterusan menghadapi masalah untuk tidur, hendaklah anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan untuk masalah tidur anda.
4. Makan dalam keadaan mood yang baik
Anda sudah mengetahui makanan yang berkualiti dapat memberikan impak yang baik kepada tubuh badan seseorang.
Namun sesetengah makanan juga dapat memberikan kesan yang tidak baik kepada minda seseorang.
Seperti contoh:
Karbohidrat akan menghasilkan Seretonin iaitu hormon yang dapat membuat anda berasa gembira dengan diri anda.
Cuma anda hendaklah mengawal kadar gula dan kanji kepada minimum dalam setiap makanan anda kerana tenaga yang berlebihan akan memberikan kesan yang tidak baik keatas tubuh badan anda.
Karbohidrat kompleks seperti sayur-sayuran, kekacang, dan bijirin adalah lebih baik untuk anda konsumsi agar mendapat tubuh badan yang lebih sihat dan mood yang lebih baik.
Daging segar dan makanan yang berasaskan tenusu mempunyai sumber protein yang tinggi.
Makanan seperti ini akan menghasilkan dopamine dan norepinephrine yang dapat membantu dalam meningkatkan tenaga dan konsentrasi keatas diri kita.
Elakkan daripada makanan yang diproses dan terlalu berminyak oleh kerana ianya akan membuat anda berasa sugul.
Kalau boleh makan pada waktunya dan jangan anda biarkan perut anda kosong.
5. Selalu Bersyukur
Tahukah anda dengan bersyukur sahaja dapat meningkatkan mood seseorang dan membuatkan seseorang itu berasa lebih baik.
Dengan selalu mengamalkan sikap bersyukur dapat memberi impak yang baik keatas perasaan seseorang dengan memberikan sebuah harapan dan juga kegembiraan.
Mulakan setiap hari anda dengan mencari satu perkara yang anda rasa bersyukur.
Anda boleh cuba untuk bersyukur ketika anda mula bangun tidur, memberus gigi ataupun sambil menunggu jam loceng anda untuk berhenti.
Sambil anda menjalani kehidupan seharian anda, cuba anda fikirkan sesuatu yang anda patut syukuri seperti mengenal pasti orang yang anda sayangi ataupun perkara-perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup anda.
Namun, tidak semestinya perkara-perkara terbaik sahaja yang boleh anda syukuri, perkara-perkara kecil seperti rakan sekerja anda yang menyediakan kopi untuk anda ataupun jiran anda yang melambai tangan kepada anda juga patut membuatkan anda berasa bersyukur dengan kehidupan anda.
Paling tidak cahaya matahari yang memberikan sedikit kehangatan kepada kulit anda juga patut anda syukuri.
Dengan mengamalkan sikap sentiasa bersyukur keatas setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda akan dapat merasai lebih kenikmatan dalam setiap perkara yang anda jalani.
6. Memberi pujian
Kajian menunjukkan dengan menunjukkan perbuatan kebaikan dapat memberikan kepuasan terhadap diri seseorang.
Memberi pujian yang ikhlas adalah cara paling mudah untuk menceriakan hari seseorang dan secara tak langsung dapat meningkatkan kegembiraan diri sendiri.
Tatap mata seseorang sambil tersenyum ketika memberi pujian agar mereka dapat merasakan bahawa anda betul-betul maksudkannya. Ianya akan membuat anda berasa lebih baik.
Sekiranya anda mahu untuk memuji keterampilan fizikal seseorang, pastikan anda lakukan dengan cara yang tidak menyinggung seseorang itu.
7. Bernafas sedalamnya
Anda berasa tegang, bahu anda terasa ketat dan seolah-olah anda mahu hilang kawalan. Semua orang tahu akan perasaan itu.
Secara alaminya kita akan menarik nafas sedalam yang mungkin untuk bertenang.
Menurut Harvard Health, menarik nafas sedalamnya dapat meredakan ketegangan dalam diri seseorang.
Di masa akan datang, sekiranya anda berasa tegang dengan diri anda, boleh ikuti langkah-langkah ini:
- Pejamkan mata. Bayangkan memori indah dan tempat yang cantik yang anda ingin berada ketika itu.
- Bernafas secara perlahan menggunakan hidung.
- Hembuskan secara perlahan menggunakan hidung.
- Ulangi langkah tadi beberapa kali sehingga anda berasa tenang dengan diri anda.
- Sekiranya anda alami kesukaran melakukannya, lakukan secara perlahan,kira sampai 5 saat didalam kepala pada setiap sedutan dan hembusan nafas anda.
8. Terima saat yang tidak gembira dengan hati yang terbuka
Sikap positif adalah sesuatu yang baik, namun perkara buruk akan berlaku dalam setiap kehidupan sesorang kerana ianya sebahagian daripada kehidupan.
Sekiranya anda menerima berita yang tidak baik, melakukan kesilapan, atau berasa ketakutan yang melampau, jangan berpura-pura gembira.
Terima perasaan duka itu sepenuhnya pada ketika itu. Kemudian alihkan tumpuan anda untuk mengenal pasti punca anda berasa duka dan apakah yang anda boleh lakukan untuk mengatasinya.
Adakah cara pernafasan yang betul membantu, atau berjalan diluar, ataupun membincangkan ia dengan seseorang yang anda percaya.
Biarkan ianya berlalu dan jaga diri anda sebaiknya. Ingat tiada manusia yang sentiasa gembira dalam hidupnya.
9. Simpan Journal
Journal merupakan cara yang terbaik untuk mengatur fikiran anda, menganalisa perasaan, dan membuat perancangan.
Anda tidak perlu untuk terlalu bersastera ataupun menulis terlalu banyak untuk membuat sebuah journal.
Ianya semudah dengan menulis beberapa perkara yang anda sedang fikir sebelum tidur. Jika menulis perkara-perkara itu membuat anda gelisah, anda boleh mengoyakkan atau hapuskannya.
Proses itu yang penting.
10. Hadapi stress anda
Hidup ini sememangnya penuh dengan stress dan mustahil untuk kita elak semuanya.
Sebenarnya anda tidak perlu untuk mengelaknya, Stanford psychologist Kelly McGonigal mengatakan stress tidak sentiasa membahayakan, kita boleh menukar cara kita menghadapi stress.
Untuk stress yang tidak mampu kita elakkan, ingatkan diri anda bahawa setiap manusia akan menghadapi stress, jadi tak perlu untuk kita fikir bahawa semuanya terjadi hanya kepada kita.
Sebenanya, diri anda lebih kuat daripada yang anda sangkakan.
Demikian adalah 10 cara untuk gembira yang kita boleh amalkan. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
Kegembiraan dalam kehidupan bukanlah segalanya.
Yang penting cara untuk kita membuatkan hidup kita lebih gembira.
Akhir kata, kegembiraan bukanlah untuk kita cari, tapi untuk kita cipta.
Sekian.
Sumber:
1. https://www.healthline.com/health/how-to-be-happy#Watch-more-from-the-Youth-in-Focus-video-series
2. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/22581-dopamine#:~:text=Dopamine%20is%20a%20neurotransmitter%20made,%2C%20mood%2C%20attention%20and%20more.
Comments
Post a Comment